Link Exchange Itu Merugikan?

akupunyer.com,aku punyer lah

Kepada semua para pembaca-pembaca Aku Punyer Lah! macam ramai je pembaca maaflah sebab entry hari ini lewat sedikit tidak seperti biasa..Bukan ape, pengarang blog ini a.k.a En ZouL baru sahaja pulang dari Pulau Penang..Fuh Santai penat betol perjalanan selamat 12 jam pergi dan balik ke Penang..

Entry Aku kali ini merupakan kesinambungan dari entry aku yang lepas iaitu mengenai Cara Mudah Mendapat Backlinks..Semua blogger tahu yang “link exchange” tu adalah penting, dan berguna supaya mendapat backlink dan cepat diindeks oleh enjin pencarian tapi masih ada lagi blogger yang menggunakan teknik “link exchange” yang salah..

Kalau korang semua nak tahu,teknik yang salah dalam "link exchange" adalah apabila kita meninggalkan URL blog kita di mana-mana blog yang menggunakan widget seperti dalam gambar dibawah ini :

”teknik
Gambar dari blog ZouL,tapi ZouL sentiasa update link ni kat sidebar,so siapa letak link kat sini please amek banner ZouL
”teknik
Widget Mister Linky's yang selalu kita nampak
Apabila menggunakan system “Mister Linky's” ataupun “SimplyLinked - Linky List Widgets for your Blog or Web Site” ataupun mana-mana widget yang hanya perlu isi form sebenarnya tidak memberikan sebarang backlink pun kepada websites kita.Sebab widget-widget itu cuma bertujuan untuk letak link sahaja tanpa memberikan sebarang backlink..Namun,widget itu mampu memberikan traffic seandainya ada orang yang “click” link kita itu dan “berblogwalking” di blog kita ( 1%-5% je traffic tu). Jadinya, kalau kita letak URL blog kita pun,tiada backlink akan kita perolehi dari websites / blog yang menggunakan widget tersebut.

”teknik
Nampak kan yang blog "kozumi.sepaku.net" tidak mendapat backlink dari blog ZouL pun


SEO tools yang ZouL gunakan untuk check blog korang bagi backlinks atau tidak : Link Checker. Tools ini memang berguna jika kita nak tahu sama ada orang yang "link exchange" dengan kita itu jujur ataupun tidak :)

Jadi macam mana nak dapat backlink kalau nak “link exchange”? Caranya mudah sahaja :-
Katakan Si Abu nak “link exchange” dengan Si Ahmad jadi

1) Si Abu harus memastikan Si Ahmad meletakkan URL blog Si Abu itu di SIDEBAR blog Si Ahmad, bukan di dalam widget “Mister Linky's”

2) Cara yang lain pula ialah Si Abu harus memastikan Si Ahmad memasukkan link URL blog Si Abu itu di dalam “Blog List” gadget yang disediakan oleh Blogspot.com..


”teknik
Pastikan URL blog  kita berada disidebar blog orang yang kita link exchange itu

”teknik
Cara kedua : Gunakan gadget Blog List untuk blogspot

Mengenai “link exchange” yang berada diruangan entry pula sebenarnya tidak memberikan sebarang backlink seandainya blog tersebut adalah blog “no-follow”.Macam mana nak buat blog jadi “do-follow”? Mari baca disini : Cara Jadikan Blog “no-follow” Menjadi “do-follow”

Kesimpulannya,kalau orang URL blog korang berada disidebar / part yang memberikan backlink korang akan dapat macam dapat backlink seperti di dalam gambar dibawah

”teknik
Contoh blog "Sue" yang dapat backlink dari blog ZouL ni

Sebab itu kalau korang "link exchange" pun tapi backlink tetap kurang.Rugi tak agak-agaknya?.Kalau bagi ZouL,yes,rugi la jugak sikit..hehe.

Untuk lebih mudah paham korang boleh la rujuk gambar-gambar diatas.Kalau korang tak paham korang boleh la komen je kat bawah ni.hehehe..

P/S: Aku pun tak berapa pandai sangat dalam hal-hal ini,jadi kalau ada sebarang kesalahan harap dapat ditegur ^_^.
Link Exchange Itu Merugikan? Link Exchange Itu Merugikan? Reviewed by OH Buletin on 9:02 PM Rating: 5

4 comments:

  1. nisa seyes blur..nak tidow dah,nnti dah bgun,nisa cba studi balik bab2 exchnged nih k..pape pon,thanks tau :)

    ReplyDelete
  2. wahh okay r tu bro ..
    fhm jugk la sikit psl link exchange,backlinks .. hehe

    btw tengs :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.