ASSALAMUALAIKUM...
Entri ini adalah Segmen "Wajib Ke Reply Semua Komen" yang dibuat oleh Cikgu Wan Muzik.
![]() |
Klik Gambar Diatas Untuk Join |
Apabila dibincangkan isu "Wajib Ke Reply Komen ?" ternyata petikan ayat dari Saiazuan Blog yang berbunyi "Jadi perkataan wajib itu sendiri membuatkan aku curiga, jika tidak reply berdosa la jadinya kan?" menarik perhatian aku. Ada betul juga katanya itu.Kalau wajib, tak buat nanti boleh dikira salah ataupun berdosa dari aspek agama lah.
Tapi kalau wajib,memang ke kena buat? Berlainan pula dengan pendapat ekin dimana dia berpendapatan bahawa membalas setiap komen itu adalah "tak wajib pun" kerana seandainya komen sudah terlalu banyak sampai beratus-ratus tak kan nak reply semua ? Agak-agak lah kan.Terutamanya komen tersebut tidak bersangkut-paut pada entri kita itu.
Jadi,mana pendapat aku? Takan takat baca pendapat orang je? Bagi aku, isu balas komen, reply komen ini bergantung pada individu , dan juga bergantung kepada situasi keadaan.Kalau komen tersebut minta penjelasan, minta penerangan ataupun bersimbolkan pertanyaan.Mustahil tuan empunya blog akan mengabaikan si penanya tersebut.Bagaimana jika si penanya tersebut datang sekali lagi ke entri terbabit dan melihat pertanyaannya masih belum dijawab dan diabaikan ? Berkemungkinan besar akan timbul rasa kecewa pada si penanya itu yang membuatkan dia bertindak yang tidak sewajarnya.Aku amat pasti hal ini kerana aku sendiri akan "bookmark" setiap entri blog yang aku rasa best dan penting seperti perihal Lapor Diri di JPA.Berkaitan dengan komen-komen yang tidak berkaitan dengan entri, "komen selamat" ataupun tergolong dalam komen "biasa-biasa" sahaja, mungkin boleh diabaikan.
Berdasarkan cara aku mengelola blog kecil aku ni,alhamdullilah, semua komen dapat aku balas walaupun komen tersebut cuma "Good info,thanks for sharing".Almaklumlah satu entriku,cuma terdapat berbelas-belas komentar sahaja,jadi mudah untuk aku membalasnya.Tapi aku tak jamin yang setiap komen yang diberi di blog aku akan aku lawati blognya kelak.Namun, pada blog-blog otai lain yang menerima hampir ribuan komentar saban hari, mungkin tidak menang tangan untuk membacanya, apatah pula untuk membalasnya.Hal ini kita pun sedia maklum.
Walaubagaimana pun, aku yakin, diluar sana, masih terdapat "para-para komentar manja" yang suka memberi pendapat namun apabila tidak pendapat nya itu tidak dibalas, beliau akan mula "menunjukan belang" dan membuat tindakan bodoh yang kelak memalukan dirinya sendiri.Harap-harap hal ini tidak menimpa diri aku hendaknya.InsyaAllah..
Kalau suka sila klik +1 ye :
P/S : Kepada Ekin dan Saiazuan Blog , maaf kalau ZouL amek petikan ayat korang ok.Peace
WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN?? | SEGMEN CIKGU WAN
Reviewed by OH Buletin
on
5:13 PM
Rating:

thanks join segmen aku.. kita sama2 tggu dan tengok apa kata kawan2 yang lain ok..
ReplyDeletesangat bagus berkongsi ilmu mcm nih...
@wan_cikgumuzik hehe.urwelcome..kte tunggu dan lihat .baru je bace 5 entri diorang..
ReplyDeletegood luck bebeh!
ReplyDeletebetul lah ,,setuju dengan pendapat ni.. oke, tq sebab baca and kredit ke ekin..~
ReplyDeletepada ika la...perlu la balas...:)tanda appreciate org baca entry kite...tp kalau blog2 otai2 nie...xyah kottt...kecian plak dorg...^^,
ReplyDelete@teynteyn the doll tenkiu teyn2.. hehe
ReplyDelete@EKINhehe.nohal aje..pendapat yang best mesti la bace kan..
ReplyDelete@ika haaha..bergantung pada situasi la kan.kalau demam seminggu mcm mana nak reply heh
ReplyDeleteP/S : Mana "nora danish" nya hahha
haha no problem.. ;)
ReplyDeletekomen je kot..hahaha
ReplyDelete@saiazuan heh,thanks..
ReplyDelete@ZORAhaha.komen je kot.klik la iklan sekali Zora..ko kan suka klik2 hahahaha
ReplyDeletehahaha...sempena nak dekat raya ni..nak bg duit raya tak dapat..ok klik2 nuff la..:P
ReplyDelete@ZORAhahaha..takan duit raya 25sen je..hahahha..koman2 pun rm10 la..
ReplyDeleteTak reply komen pon tak apa. Tapi tak seronoklah sebab macam orang datang umah kita, borak-borak dengan kita, tapi kita senyap je. Maka orang tu pun meninggalkan umah kita tanpa dilayan. Haha... apa-apa pun terpulanglah kat kita sendiri sebagai tuan rumah. Bezanya, mungkin kita ramai tetamu, maka fahamlah si tetamu tersebut kalau kita tak sempat nak layan... :)
ReplyDelete@Farid bin Aspar hehe.setiap org berbeza pendapatnya..tapi kalau tak sibuk maybe akan balas kot komen2 tu.
ReplyDeletebiasanya, bila aku komen entry, dan mengharapkan balasan, aku akan tanda supaya dihantar ke email.mcm blog ni xda tempat nak tick tu. jadi aku tatau tuan blog dah balas belum.
ReplyDelete@Muhammad Burn aik..blogspot takdekan tick2? selalunya blogspot ade "subscribe by email" je kan.cuba tgk betol2 kat ruangan komen tu...ade kan subscribe by email.so just klik yg tu nnt dapat followed up komen kt emel blog kita
ReplyDeletemomoy akan balas dan visit komentar terus jika berkesempatan
ReplyDelete