ASSALAMUALAIKUM...
Sekali lagi Malaysia digemparkan dengan kejadian yang tidak kita jangka sama kali.Selepas peristiwa kapal Mavi Marmara diserang tentera Israel pada tahun 2010, Malaysia dikejutkan pula dengan kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 39 yang ditembak curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan di Mogadishu,ibu negeri Somalia, Jumaat petang semalam.
Menurut salah seorang wartawan Bernama TV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta di dalam misi itu berkata, ketika kejadian itu berlaku, Noramfaizul bersama rakan media elektronik sedang menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi di bahu kanannya yang seterusnya menembusi paru-parunya. Arwah meninggal dunia semasa menerima rawatan pada jam 11.07 PM waktu Malaysia.
Menurut beliau lagi, tembakan tersebut sebenarnya ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita,namun tersasar dan terkena arwah yang duduk berhampiran tingkap kenderaan.
Jenazah arwah Noramfaizul Mohd Nor akan dihantar pulang ke Malaysia bersama-sama pasukan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI dan dijangka tiba pada Ahad, 4 September jam 9AM di Lapangan Terbang TUDM Subang.
Sumber : BernamaTV
Kalau suka sila klik +1 ye :
Jurukamera Bernama TV Ditembak Curi
Reviewed by OH Buletin
on
9:25 PM
Rating:

Smoga roh beliau dicucuri rahmat.. Mudah-mudahan dikira mati syahid..
ReplyDelete@reza al-razi insyaallahhh
ReplyDeletetakziah kpda kluarga mgsa..:(
ReplyDeletesedih laaa.. apapun al fatihah buat beliau..
ReplyDeletehero malaysia ! . alfatihah .. tapi mmg sebak kan bila jadi cmney . niat murni dtg sana tapi takdir dah tentukan segalanya .
ReplyDeleteal-fatihah untuk arwah :)
ReplyDeleteKERETA PERTAMA GOOGLE
AlFatihah
ReplyDeleteal fatihah..terima kasih kepada mereka yg sudi membaca
ReplyDelete