Jurukamera Bernama TV Ditembak Curi

ASSALAMUALAIKUM...
Jurukamera bernama ditembak mati di somalia,jurukamera bernamatv,Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI,tembak curi di somalia,kejadian di Somalia

Sekali lagi Malaysia digemparkan dengan kejadian yang tidak kita jangka sama kali.Selepas peristiwa kapal Mavi Marmara diserang tentera Israel pada tahun 2010, Malaysia dikejutkan pula dengan kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 39 yang ditembak curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan di Mogadishu,ibu negeri Somalia, Jumaat petang semalam.

Menurut salah seorang wartawan Bernama TV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta di dalam misi itu berkata, ketika kejadian itu berlaku, Noramfaizul bersama rakan media elektronik sedang menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi di bahu kanannya yang seterusnya menembusi paru-parunya. Arwah meninggal dunia semasa menerima rawatan pada jam 11.07 PM waktu Malaysia.

Menurut beliau lagi, tembakan tersebut sebenarnya ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita,namun tersasar dan terkena arwah yang duduk berhampiran tingkap kenderaan.

Jenazah arwah Noramfaizul Mohd Nor akan dihantar pulang ke Malaysia bersama-sama pasukan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI dan dijangka tiba pada Ahad, 4 September jam 9AM di Lapangan Terbang TUDM Subang.



Sumber : BernamaTV


Kalau suka sila klik +1 ye :
Jurukamera Bernama TV Ditembak Curi Jurukamera Bernama TV Ditembak Curi Reviewed by OH Buletin on 9:25 PM Rating: 5

8 comments:

Powered by Blogger.