ASSALAMUALAIKUM...
Sedar tak sedar dah hampir 5 hari aku habis "final exam". Tak sangka rupanya selepas habis final exam, ternyata hari-hariku makin bosan sebab tak tahu apa nak buat.Sekurang-kurangnya masa time final exam, aku adalah jugak aktiviti study dan konon-konon menyibukkan diri dengan buku. Eceyh.Konon je la. Kalau tidak,hampir tiap kali ada waktu terluang, KFC Seksyen 7 Shah Alam menjadi tempat untuk aku menelaah memandangkan keadaan dirumah aku tidak terlalu selesa untuk aku membukak sebarang buku.Ada sahaja halangan seperti, tilam 2 lapis aku, bantal busuk ku dan juga En Razimi a.k.a laptop kesayangan aku ni.
Apabila menyentuh tentang KFC Seksyen 7 Shah Alam ini, teringat pulak aku tentang kisah aku didatangi peminta sedekah ketika sedang sibuk study bersama "seseorang" disana. Kesian pulak aku, dah la buta, baju pun compang-camping namun, ada yang memimpin si buta tersebut meminta sedekah merata-rata. Apa ke halnya.Yang memimpin si buta itu pula, sihat walafiat je aku tengok.
Rupanya, di Shah Alam terutama di Pusat Komersial berdekatan dengan UiTM memang terdapat ramai peminta sedekah yang menggunakan modus operandi yang sama, ada orang buta dan ada yang si celik yang membawa si buta meminta sedekah. Si celik akan membawa si buta dari satu restoran ke restoran lain yang sedang beroperasi untuk meminta sedekah.Kadang kala, si buta itu menjual tisu.Minta sedekah apa nya kalau ada jual tisu.??! Dan kenapa pula si celik yang sihat tubuh badan itu sanggup membawa si buta meminta sedekah sedangkan dia boleh bekerja secara halal??!
![]() |
Sibuta di pimpin si celik untuk meminta sedekah |
Sebelum aku melabuhkan tirai entri aku kali ini, aku harap sangat la pihak-pihak yang terlibat dapat ambil tindakan. Sepatutnya hal seperti ini tidak wajar berlaku oleh kerana negara kita sudah maju. Perkara seperti ini hanya memalukan negara apabila dilihat oleh orang luar terutamanya International Students. Ada pepatah mengatakan hendak seribu daya,tak hendak seribu alasan. Renung-renungkanlah..
P/S: Aku rasa mereka-mereka ini sindiket mana-mana ni.Takan banyak pula yang guna modus operandi yang sama. Gila kentang.
Kalau suka sila klik +1 ye :
Nafsu Puas Peminta Sedekah !
Reviewed by OH Buletin
on
10:07 AM
Rating:

Erm...Malaysia ni mempunyai rakyat yang pemurah...tu org amik kesempatan...haish
ReplyDelete@My SweetPea tu la.tau tak pe.tapi yang tak syok tu..diorang ni sindiket..
ReplyDeletekat tpt mkn seksyen 2 memang tiap mlm ada 2 org (buta dan celik) pgi dri meja ke mja
ReplyDelete@Beckhrooy tu la pasal..tension gk kadang2.nk makan ada je org dtg kacau.
ReplyDeletebanyak sangat dah bnde camniy..
ReplyDeletedunia dunia !
@tynamuffy thanks sebab amek berat pasal negera kita :P
ReplyDeletehye zoul!
ReplyDelete@norzillawatie binti zahidin hiii..hehe..tak jmpe SB ke? :P
ReplyDeleteni msti keje sindiket la ni..kesian si buta tu,dijadikan bhn kaut keuntungan..
ReplyDelete@HalimKich tau tak pe bro..aku pun rasa mcm tu gak..
ReplyDeleteouch...kat pusat komersial memang banyak kes mcm ni kan..kekadang tu diorang antar kanak2 duk minta sedekah .. :)
ReplyDelete@..cik hana.. ha.tau tak pe.kanak2 tu yg lg kesian tu..ade sekali tu budak tu mintak smpai rm5 sebab nak makan..
ReplyDeleteI don't think this man is mentally fit. This man really need a real help and attention.
ReplyDelete@Accountant Melbourne haha.i assume u dont read Malay languange right?
ReplyDeleteMemang terbaekk..buley jd reporter hang nie..thumb up...
ReplyDeleteentah la..skrg pon dh xleh percaya kat pminta sdekah..bnyk yg mnipu dr yg btol..tp kdng2 bg jugak sbb kesian =)
ReplyDeleteselamat bercuti ea..haha.
ReplyDeletepeminta sedekah nie kebanyakkan sihat walafiat..tapi entah lah mereka ambil jalan mudah. Silap2 mereka lebih kaya dari si pemberi. huhu
@Aida Omar tau tak pe..yg mintak tu selalunya ditemani org yg sihat...mmg nampak sngt la penipunya..
ReplyDeleteMUka orang yg tolong bawak tu selalunya suspicious ja -__-
ReplyDeletehahahaha..tau tak pe..
Deletememang situasi macam nih sentiasa ada di mana2 sahaja kan...
ReplyDeletetapi kadang2 confuse dengan diorang. kadang2 kita pun serba salah. kadang2 rasa simpati dengan diorang nih.
fyna pernah jumpe peminta sedekah kira duit. sekali dia keluarkan duit,agak terkejut. memang banyak dan berikat2 duit tue. fyna pun tak tahu apa motif dia kira duit tue depan fyna.
hmm..tu la..org mintak sedekah lagi kaya dari kita yang memberi..motif dia kira duit dpn fyna mybe sbb dia nk bg balance kot kt fyna hahaha
Delete