Jom Belajar Cara Untuk Mendownload Dengan Laju

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini genap lah 24 hari kita berpuasa. Tak sangka kan, pejam celik pejam celik dah 24 hari berpuasa. Tinggal lagi seminggu sahaja untuk kita berada di dalam bulan yang penuh barakah ini. Sungguh pantas masa berlalu.

cara mendownload lebih laju, software lajukan download,tips untuk melajukan proses download,cara untuk download

Pada awal puasa yang lalu, kawan aku ada bertanya mengenai cara untuk mendownload apa jua dari internet secara laju. Aku ingatkan semua orang sedia maklum cara untuk mendownload, namun masih terdapat segelintir mereka yang masih tidak tahu. Oleh demikian, aku akan kongsikan disini cara atau tips untuk mendownload sesuatu dengan laju. Insyaallah pasti berjaya.


Pertama sekali korang haruslah mempunyai software download manager dimana software seperti ini mampu menaikan kelajuan memuat turun dari internet lebih laju dari browser yang korang sedang pakai ini. Sebagai contoh, guna lah Internet Download Manager ataupun JDownloader dimana kedua-dua software ini memang terbukti dapat melajukan proses download anda itu. Bagi aku, software yang aku gemar adalah Internet Download Manager (IDM) dimana ianya senang digunakan dan mudah didapati di internet, sama ada berbayar ataupun percuma. Sekiranya anda ingin mendownload software Internet Download Manager yang terbaru secara percuma, anda boleh klik link diatas.

cara mendownload lebih laju, software lajukan download,tips untuk melajukan proses download,cara untuk download
Software IDM Mampu Melajukan Proses Download
Jika anda ingin mendownload movies, anda pastikan websites download itu dihostkan di websites hosting yang mempunyai server yang laju dan banyak seperti Mediafire, Jumbofile dan Hulkshare. Rapidshare dan beberapa lagi websites hosting yang lain tidak mempunyai server yang laju dan banyak sekiranya anda tidak menjadi ahli pro. Aku ada menulis entri tentang websites untuk mendownload movie secara direct download. jadi anda boleh baca disana untuk info yang lebih lanjut

Torrents ataupun warez walaubagaimanapun tidak di syorkan kerana ianya tidak konsisten dari segi speed download dan seeding, dimana kebanyakkan dari torrents yang ada sekarang slow dan kadang kala "fake". Selain itu, torrent ataupun P2P ini dikatakan berbahaya kerana terdapat potensi PC anda digodam oleh orang yang tidak bertanggunjawab, sejauh mana kebenarannya, wallahuallam. Oleh itu, aku lebih gemar mengunakan direct download seperti yang aku sebutkan diatas.

Entri ini hanya lah dari pandangan aku sahaja, kalau korang ada idea dan pandangan mengenai hal ini boleh lah memberi pendapat dengan meninggalkan komen dibawah. Sekian wassalam..

P/S : Download banyak-banyak pun nanti nak simpan mana?

Kalau korang dah baca, klik button kat bawah ni ye :
Jom Belajar Cara Untuk Mendownload Dengan Laju Jom Belajar Cara Untuk Mendownload Dengan Laju Reviewed by OH Buletin on 7:00 AM Rating: 5

23 comments:

  1. owh..thanks letak link download software tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe..urwelcome..in case kalau org tak tau nk cari kt mana IDM tu..

      Delete
  2. Replies
    1. urwelcome bro.q gk sudi melwat..

      Delete
  3. IDM die bleh pause download kan.. tu yg bes.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.aah.tapi tak sumer yg IDM leh resume download.macam Hulkshare tu IDM leh resume download.tapi kalau Mediafire tu tak leh resume klu IP address dh tukar..

      Delete
  4. sop mmg pengguna IDM.. terbaek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bgus sop.hehe..IDM sentiasa terbaekk

      Delete
  5. IDM memang sudah terbukti meningkatkan kecepatan download... makasih infonya

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hehehe..ok..gune la.mmg laju IDM ni

      Delete
  7. IDM tetap terbaik drp dulu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tau tak pe..dah hampir 3 tahun ZouL gune IDM..so far mmg terbaekk

      Delete
  8. Replies
    1. silakan guna.hehe..nnt download lah software IDM tu kat ats ni ok

      Delete

Powered by Blogger.