Kad Diskaun Siswa Sudah Keluar !

ASSALAMUALAIKUM...

kad diskaun siswa 1 malaysia, kad diskaun,utusan online
Sedar tak sedar, sudah hampir seminggu lebih kita beraya. Tapi suasana raya masih tetap aku rasa. Mana tidak nya, setiap rumah yang aku lalu di taman ini semuanya masih ada perhiasan hari raya. Dengan lampu lip lap nya, pelita 7 likurnya, open house nya. Ternyata hampir semua orang masih berada di dalam mood raya.


Okay, berbalik semula kepada kisah Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M). Aku ada terbaca di akhbar Utusan Online bahawa KDS1M ini sudahpun diagihkan kepada para pelajar IPT di seluruh negara dan boleh mula digunakan secara meluas bermula pada 1 September 2012 ini. Wah, tak lama lagi boleh la dapat diskaun bila kita nak shopping barang-barang keperluan. Hehe

kad diskaun siswa 1 malaysia, kad diskaun siswa,pelancaran kad diskaun siswa 1 malaysia
Kad Diskaun Siswa 1 Malaysi Keluaran Bank Rakyat
Kepada mereka yang masih belum tahu, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ini diilhamkan oleh mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita yakni Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara kelebihkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ini ialah :

A. Pelajar IPT bakal mendapat diskaun dari 5% sehingga 60% untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
B. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar IPT awam dan swasta seluruh negara.
C. Kad ini juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.


Apa yang aku tahu, kad ini tidak perlu dipohon sebab nanti IPT akan salurkan maklumat anda ke Bank Rakyat dan kita akan mendapat kat ini melalui IPT masing-masing. Tak sabar lak rasanya nak berjoli guna kad ni. Dengar-dengar cerita banyak tempat juga yang kita boleh guna kad ini. Cuma tunjuk kad pengenalan dengan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia je masa nak buat pembayaran.


P/S : Harap-harap dapat lah kad ini sem depan.Amin...




Kalau korang dah baca, klik "Like" kat bawah ni ye :
Kad Diskaun Siswa Sudah Keluar ! Kad Diskaun Siswa Sudah Keluar ! Reviewed by OH Buletin on 9:02 PM Rating: 5

9 comments:

Powered by Blogger.