Taksub Dengan Anak Patung, Suami Terabai

ASSALAMUALAIKUM...

Alice Winstone, seorang ibu kepada 5 anak diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi. Oleh itu, beliau yang berusia 39 tahun membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membeli 50 anak patung bayi yang seakan hidup memenuhi ruang kediamananya di London.

gambar bayi palsu,suami terabai
Selama hampir tujuh tahun masa yang diluangkan oleh Alice dan beliau telah pun membelanja hampir RM58,879 dengan membeli anak patung vinil 'Reborn Dolls' walaupun tiga dari lima anak kandungannya masih tinggal di rumah yang sama. Pelik kan?

Dilaporkan bahawa, beliau turut memberi nama kepada setiap anak patungnya itu. 'Bayi palsu' yang pertama diberi nama Emmy yang dibeli beliau dengan harga RM883 selepas melihatnya di salah satu majalah dan terus jatuh hati dengan anak patung berkenaan. Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.

Dia diberitahu selepas hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini sudahpun berusia 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat. Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka.

Beliau mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka. Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka.


P/S : Dari beli anak patung baik la dia bela anak orang. Haih!


Kalau korang dah baca, klik "Like" kat bawah ni ye :
Taksub Dengan Anak Patung, Suami Terabai Taksub Dengan Anak Patung, Suami Terabai Reviewed by OH Buletin on 6:14 PM Rating: 5

6 comments:

Powered by Blogger.