McDonald's Buat Hal Lagi | McDonald’s terpaksa membayar sebanyak $700,000 kepada seorang penduduk Islam di Detroit selepas restoran makanan segera berkenaan memberikan maklumat salah mengenai makanan yang diiklannya.
Mangsa kejadian, Ahmed Ahmed yang membeli sandwich ayam pada bulan September tahun lalu, namun rupa-rupanya ia tidak halal.
Susulan kejadian itu, Ahmed meminta bantuan seorang peguam, Kassem Dakhlallah dan mereka kemudiannya menjalankan siasatan sebelum mengambil keputusan untuk menyaman restoran makanan segera berkenaan.
Kedua-dua pihak kemudiannya bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan bayaran yang dipersetujui ialah $700,000.
Bayaran itu akan dikongsi bersama oleh Ahmed, klinik kesihatan Detroit dan Muzium Kebangsaan Arab-Amerika di Dearborn, Michigan serta peguamnya.
Restoran makanan segera itu merupakan salah satu daripada dua rangkaiannya yang menjual makanan halal bagi menarik penduduk beragama Islam yang menetap di situ.
Dua rangkaian McDonald’s itu mempromosikan hidangan halal berupa Chicken McNuggets dan McChicken.
Quote:
McNuggets tuh..Sedap seyh!
Tags: McDonald's Buat Hal Lagi | McDonald's Bayar Saman | McDonald's Tidak Halal | McDonalds di Detroit | Chicken McNuggets Tidak Halal ?
_____________
Kalau korang dah baca, klik "Like" kat bawah ni ye :
McDonald's Buat Hal Lagi
Reviewed by OH Buletin
on
12:27 PM
Rating:

No comments: