Permohonan Online Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Penerapan, Profesional Dan PLK 2013

Permohonan Online Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Penerapan, Profesional Dan PLK | Dibawah adalah cara untuk memohon kemasukan ke UiTM bagi Program Penerapan Profesional dan PLK sesi Akademik 1 2013/2014. Permohonan dibuka pada 14 Januari 2013 sehingga 31 Mac 2013. Permohon yang dipelawa ialah calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Cara-cara Memohon Kemasukan ke UiTM Program Penerapan, Profesional dan PLK

  • Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 Januari 2013 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking (no. slip yang dibeli sebelum 14 Januari 2013 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
  • Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN/PROFESIONAL/PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN.
  • Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.
  • Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 14 Januari 2013 (Isnin).
  • Tarikh tutup permohonan online pada 31 Mac 2013 (Ahad).




Syarat Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Penerapan, Profesional dan PLK

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Memenuhi syarat status Bumiputera
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.


Untuk menyemak Surat Tawaran Bagi Calon Ke Program Sarjana Muda Uitm Kemasukan Mac 2013, sila layari laman web dibawah pada 31 Januari 2013. Keputusan dan surat tawaran akan dikeluarkan pada tarikh berkenaan.



Quote:
Sila semak keputusan korang pada 31 Jan 2013. Surat tawaran akan keluar pada tarikh tu.

Tags : PERMOHONAN UITM SESI AKADEMIK 1 KEMASUKAN 2013/2014 | KEPUTUSAN PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE UITM BAGI PROGRAM PENERAPAN | SURAT TAWARAN BAGI CALON KE PROGRAM SARJANA MUDA UITM | KEPUTUSAN ONLINE PROGRAM SARJANA MUDA UITM SESI MAC 2013 | PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE UITM BAGI PROGRAM PENERAPAN, PROFESIONAL DAN PLK



_____________

Kalau korang dah baca, klik "Like" kat bawah ni ye :
Permohonan Online Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Penerapan, Profesional Dan PLK 2013 Permohonan Online Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Penerapan, Profesional Dan PLK 2013 Reviewed by OH Buletin on 4:59 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.