Sharifah Sofea Ke Bar Pulak ?

Sharifah Sofea Ke Bar Pulak? | Setelah lama menyepi dari dunia hiburan, tiba-tiba timbul gossip pasal artis ini. Hari tu kisah pasal kontroversi Sharifah Sofea dihalau oleh pekerja sebuah disko kerana memakai hijab ke pusat hiburan tersebut, namun kali ini, beliau menceritakan mengenai perkembangan terkininya dan antaranya kisah tentang insiden dihalau di disko.

Sharifah Sofea Tak Lagi Ke Disko Tapi Ke Bar, Sharifah Sofea, Sharifah Sofea Bertudung, Syarifah Sofea ke Bar, Sharifah Sofea ke Disko,Sharifah Ariana Syed Ismail

Dia, atau nama penuhnya Sharifah Sofia Syed Hussein, meluahkan rasa kesal dengan tindakannya yang lalu itu. Menerusi laporan Kosmo! Sharifah bergurau dengan mengatakan dia tidak lagi ke disko sebaliknya hanya pergi ke bar.

“Saya tidak lagi ke disko tetapi pergi ke bar pula. Bawah sikit daripada disko.

Namun, itu hanyalah satu gurauan dari ibu kepada Sharifah Ariana Syed Ismail, 2 tahun, seraya berkata dia tidak lagi mempunyai masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti itu.

“Sebenarnya, saya sudah tiada masa untuk itu (pergi bersosial ke disko atau bar). Masa saya banyak dihabiskan untuk anak perempuan saya, Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia dua tahun,” kata Sharifah.

“Saya akui telah melakukan satu tindakan yang salah tetapi saya juga tahu perkara itu tidak perlu berlaku lagi di masa hadapan,” katanya.

Sekarang ini, Sharifah sudah langsung tidak terbabit dalam dunia lakonan. Menguatkan lagi kehendak hatinya, Sharifah memberitahu hatinya seakan-akan sudah hilang minat untuk berlakon.

Ini kerana dia mahu menjaga anak perempuannya itu dengan baik selain menguruskan hal rumah tangganya.



Quote:
Nasib baik cuma sekadar gurauan. Duduk je kat rumah jaga anak.Kan bagus :)

Tag: Sharifah Sofea Tak Lagi Ke Disko Tapi Ke Bar | Sharifah Sofea | Sharifah Sofea Bertudung | Syarifah Sofea ke Bar | Sharifah Sofea ke Disko |Sharifah Ariana Syed Ismail

_____________

Kalau korang dah baca, klik "Like" kat bawah ni ye :
Sharifah Sofea Ke Bar Pulak ? Sharifah Sofea Ke Bar Pulak ? Reviewed by OH Buletin on 4:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.