Skim Pembiayaan Mikro Tanpa Faedah

Skim Pembiayaan Mikro Tanpa Faedah | Seramai 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil berbilang kaum di seluruh negara boleh memohon pinjaman Skim Pembiayaan Mikro tanpa faedah berjumlah RM50 juta, mulai semalam.


Skim Pembiayaan Mikro tanpa Faedah, Pelancaran Program Penjaja 1Malaysia (PP1M), Pembiayaan Kepada Penjaja Malaysa, Pinjaman Kepada Penjaja Malaysia, Borang Online Pinjaman Penjaja Malaysia

Skim pinjaman mudah dari RM1,000 hingga RM50,000 yang disalur melalui Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri kepada semua kaum itu sebagai menghargai sumbangan penjaja dan peniaga kecil dalam menjana ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata kementerian itu mendapat persetujuan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi melaksanakan skim pinjaman berkenaan minggu lalu. Program ini adalah berdasarkan Program Penjaja 1Malaysia (PP1M)

Skim pinjaman mudah

Katanya, penjaja dan peniaga kecil boleh membuat permohonan skim berkenaan di Bank Rakyat dengan tempoh kelulusan pinjaman antara lima hingga 10 hari.

”Ini adalah skim pinjaman mudah tanpa faedah kerana kerajaan yang akan menanggung kadar faedahnya bagi mengurangkan beban peniaga yang membuat pinjaman berkenaan untuk modal pusingan dan membeli peralatan niaga.

1.5 juta layak mohon pinjaman RM1,000 hingga RM50,000

“Kita memberi keutamaan pinjaman ini kepada peniaga dan pemilik restoran yang menyertai Menu Rakyat 1Malaysia kerana menghargai inisiatif mereka berbuat demikian demi pengguna,” katanya di sini, semalam.



Quote:
Wah, untunglah peniaga lepas ni..

Tags: Skim Pembiayaan Mikro tanpa Faedah | Pelancaran Program Penjaja 1Malaysia (PP1M) | Pembiayaan Kepada Penjaja Malaysa | Pinjaman Kepada Penjaja Malaysia | Borang Online Pinjaman Penjaja Malaysia


_____________

Kalau korang dah baca, klik "Like" kat bawah ni ye :
Skim Pembiayaan Mikro Tanpa Faedah Skim Pembiayaan Mikro Tanpa Faedah Reviewed by OH Buletin on 3:47 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Hampir 3 bulan menunggu kelulusan. Menteri kata ia mengambil masa 5 hingga 10 hari sahaja. Mesti ada yang tidak kena nie....Bank tidak akan mengambil masa terlalu lama untuk melulus atau tidak pinjaman ini. Sudah banyak kali follow up, jawapan tetap sama, tiada lagi kelulusan yang diberi. Mungkin selepas PRU ini untuk mereda kemarahan peniaga kecil ini.

    ReplyDelete
  2. saya ada memohon pinjaman mikro bank rakyat rm 20,000 untuk memulakan perniagaan kedai yang kedua untuk perniagaan nasi campur tetapi saya hanya dapat rm3,000? walhal untuk beli stall niaga yang terpakai pun xmencukupi..Dan proses terlalu lama dimana saya memohon pada 15 mac 2013 tetapi saya baru terima pangilan daripada bank utuk sign agreement pada 20 mei 2013.Dan bila saya datang saya terpaksa pula mendapatkan sign daripada wakil rakyat walaupun dokument yang saya beri mencukupi.Proses yang terlalu lama dan saya terpaksa berulang kali ulang alik dari bank ke kedai kemudian ke pejabat berdaftar melecehkan lagi-lagi saya baru habis pantang.Harap pihak berkenaan dapat menaik taraf servis supaya kami sebagai perniga dapat servis yang pantas dan selesa.Kerana kami sebagai peniaga masa sangat terhad dan pergerakan kami terbatas.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.