Aksi Bercium Siti Saleha Dalam Filem

Aksi Bercium Siti Saleha Dalam Filem | Semasa sesi tayangan media filem Kerat 14 baru-baru ini, pelakon cantik Siti Saleha akui dia berasa malu untuk menonton babaknya bercium dalam filem berkenaan. Apatah lagi pada sesi berkenaan, bapanya turut hadir untuk memberikan sokongan.

aksi bercium siti saleha,siti saleha ruby,gambar siti saleha,gambar siti saleha bercium,gambar cantik siti saleha,gambar siti saleha 2013,siti saleha nora elina

Jelasnya lagi, sewaktu tiba paparan ‘babak itu’, dia pantas meminta bapa menutup muka supaya tidak melihat aksinya namun mujurlah bapanya memahami kerjayanya. Namun anda semua jangan salah faham, babak Siti Saleha bercium dalam filem itu bersama pelakon baru, Ali Arami bukannya bercium betul-betul.

“Memang sekilas pandang, babak itu kelihatan seperti bercium, namun kami bukan cium betul-betul. Pada mulanya, saya pun teragak-agak untuk menjayakannya dan pengarah terpaksa mengambil beberapa ‘shot’ untuk mendapatkan ‘scene’ itu. Sebagai pelakon, saya hanya menjalankan tugas dan saya akui, memang sukar untuk melakukan babak mesra seperti itu,” kata Saleha seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Jangan lupa saksikan lakonan Siti Saleha dalam filem Kerat 14 yang akan ditayangkan nanti.


Quote:
Haha..nasib baik main-main je..Kalau tak, mesti kontroversi lah pasni


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Aksi Bercium Siti Saleha Dalam Filem Aksi Bercium Siti Saleha Dalam Filem Reviewed by OH Buletin on 4:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.