Amah Indon Dera Bayi Lagi | Seorang wanita yang mengambil iktibar daripada kejadian majikan memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan tingkah laku pembantu rumah, terkejut apabila mendapati bayinya berusia 15 bulan menjadi mangsa dera amah warga Indonesia.
Wanita berusia 20-an dari Jalan Bayam di sini, memasang kamera video di bilik pembantu rumahnya selepas mengesyaki sesuatu tidak kena dengan amahnya setelah melihat kesan lebam di paha anaknya, beberapa hari lalu.
Peniaga itu bertindak merakam kelakuan pembantu rumahnya selepas mengambil iktibar daripada kisah seorang amah Indonesia yang melambung bayi dalam kejadian di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Wanita itu pernah bertanyakan pembantu rumahnya mengenai kesan lebam di paha anaknya tetapi dia dimaklumkan akibat terjatuh.
Dia yang tidak berpuas hati, memasang kamera video di bilik pembantu rumahnya antara jam 9.15 hingga 10.30 malam Sabtu lalu sebelum pergi ke klinik gigi.
Selepas menonton rakaman itu, dia mendapati pembantu rumahnya melakukan kekasaran ke atas anaknya termasuk mencubit.
Wanita itu dan suaminya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, jam 12 tengah malam hari yang sama.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata bertindak di atas laporan itu, polis menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun jam 12.45 tengah malam bagi membantu siasatan.
Suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bayi dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil - B.HARIAN
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Dera lagi....
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Amah Indon Dera Bayi Lagi
Reviewed by OH Buletin
on
2:00 PM
Rating:

isk diorang nie lagi....geram betul lah!
ReplyDelete