Banjir Kilat di Pusat Bandar Puchong | Hujan lebat di Pusat Bandar Puchong telah mengakibatkan banjir kilat dengan paras air setinggi 1.5 meter semalam yang melibatkan kawasan pusat beli belah Jusco IOI Mall sehingga ke Bandar Puteri.
Menurut penyelia operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 Pusat Bandar Puchong, Ashwan Wasir, ketika dihubungi berkata, hujan mula lebat pada pukul 5 petang semalam dan laporan banjir telah diterima kira-kira setengah jam kemudian.
“Punca banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat yang turun tanpa henti menyebabkan longkang tidak boleh menampung jumlah air besar yang datang” katanya lagi kepada pemberita.
Ashwan berkata sebanyak satu bas, dua lori dan dua kereta yang telah mengalami kerosakan teruk akibat dimasuki air.
Tambahnya, banjir yang berlaku selama satu jam itu dilaporkan surut sepenuhnya oleh pihak bomba.
Sumber : Astro Awani
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Kepada mereka yang nak lalu puchong sila cari alternatif lain
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Banjir Kilat di Pusat Bandar Puchong
Reviewed by OH Buletin
on
12:23 PM
Rating:

No comments: