Facebook Disaman Isu Butang 'Like' dan 'Share'

Facebook Disaman Isu Butang 'Like' dan 'Share' | Laman sosial yang paling popular masa kini, Facebook bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang berhubung isu paten penggunaan butang 'Like' dan 'Share'

facebook disaman,isu butang like facebook,cara pasang butang like facebook,van der meer facebook,butang like dan share facebook disaman,firma fish and richardson,surfbook,facebook tiru surfbook,paten surfbook sama maca facebook

Firma itu yang disenaraikan tahun lalu disaman oleh sebuah syarikat pemegang paten, yang bertindak bagi pihak seorang pengatur cara komputer dari Belanda, yang telah meninggal dunia, Joannes Jozef Everardus van Der Meer.

Media Sosial Rembrandt berkata, kejayaan Facebook adalah berdasarkan sebahagiannya daripada penggunaan dua paten van Der Meer tanpa kebenaran.

Terkini, Rembrandt memiliki teknologi paten Van Der Meer yang digunakan untuk membina satu rangkaian sosial baru yang dipanggil Surfbook, sebelum kematiannya pada 2004.

Van Der Meer telah diberikan paten pada tahun 1998, lima tahun sebelum kemunculan pertama Facebook.

Menurut kertas kerja undang-undang yang difailkan oleh Fish and Richardson, Surfbook adalah diari sosial yang membolehkan orang ramai berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan keluarga serta meluluskan beberapa data menggunakan butang "Like".

Buat masa ini, pihak Facebook tiada sebarang komen mengenai tuntutan ini.


Quote:
Erkk..so boleh ke tekan Like pasni?


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Facebook Disaman Isu Butang 'Like' dan 'Share' Facebook Disaman Isu Butang 'Like' dan 'Share' Reviewed by OH Buletin on 2:23 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.