[2 Gambar] Cubaan Bunuh Diri Di Kuching

[2 Gambar] Cubaan Bunuh Diri Di Kuching | Sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa sejam sebelum berjaya menghalang niat seorang kakitangan sebuah universiti untuk terjun dari tingkat tujuh bangunan 10 tingkat di Jalan Simpang Tiga, semalam.

cubaan bunuh diri di kucing, gambar cubaan bunuh diri kuching sarawak,gambar bunuh diri di kuching, cubaan bunuh diri pekerja universiti swasta kuching,gambar bunuh diri 2013

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 36 tahun yang dipercayai mengalami masalah keluarga, membuka tingkap dan duduk di tepi koridor bangunan terbabit untuk terjun.

Bagaimanapun kejadian itu disedari kakitangan universiti, lalu menghubungi ahli keluarganya dan selepas mereka gagal memujuknya, anggota bomba dipanggil untuk membantu.

Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa dikatakan mengalami masalah kelmarin, yang memberi tekanan kepadanya sehingga dia bertindak sedemikian, semalam.

“Ketika dia berada di tepi koridor bangunan, beberapa ahli keluarga, termasuk isterinya tampil memujuk supaya dia membatalkan hasratnya.

cubaan bunuh diri di kucing, gambar cubaan bunuh diri kuching sarawak,gambar bunuh diri di kuching, cubaan bunuh diri pekerja universiti swasta kuching,gambar bunuh diri 2013

“Beberapa kali isteri mangsa cuba memujuk, namun gagal dan usaha itu berlarutan sehingga memaksa anggota bomba dipanggil,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Batu Lintang ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari.

Katanya, anggota bomba membuka satu tingkap bagi memujuk mangsa sambil ditemani isterinya supaya tidak meneruskan niatnya.

“Hanya selepas sejam kami berjaya memujuknya sebelum dia diserahkan kepada polis. Lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sumber : myMetro


Quote:

Tertekan pun tak yah la sampai nak bunuh diri...


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

[2 Gambar] Cubaan Bunuh Diri Di Kuching [2 Gambar] Cubaan Bunuh Diri Di Kuching Reviewed by OH Buletin on 2:17 PM Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.