Gossip Cinta Adira dan Aliff Aziz | Tutup buku kisahnya bersama Anne, Aliff enggan lagi menoleh ke belakang. Terbaharu, jiwa laranya kembali terisi dengan bunga cinta wanita bernama Adira.
Sebelum ini jejaka berusia 22 tahun itu memberitahu, pengalaman yang lalu banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati untuk berkongsi kisah cinta dengan khalayak.
Baca Juga : Gambar Banjir Kilat di Puchong
Namun baru-baru ini. Aliff sendiri yang memecahkan tembok rahsia hatinya pada khalayak dengan memuat naik gambar-gambar dirinya bersama Adira dengan jari manis masing-masing menyarung sepasang cincin menerusi Instagram.
Secara tidak langsung, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Sebenarnya gambar-gambar saya dan Adira yang dimuat naik ke dalam Instagram itu bukanlah gambar yang tertulis I Love You, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.
"Itu sekadar gambar bersama orang yang paling rapat dengan saya. Saya sedar tindakan saya itu telah menimbulkan banyak spekulasi dan saya tidak salahkan sesiapa.
Baca Juga : Nama Anak Faezah Elai Yang Comel
"Saya tidak mahu berbohong atau menipu. Terpulang kepada mereka di luar sana untuk membuat sebarang andaian. Apa yang saya harapkan, doakan yang terbaik untuk saya," tuturnya.
Akui Aliff tanpa berselindung, penyanyi genit yang bergandingan dengan dirinya dalam drama Tiara itu menjadi temannya yang paling rapat saat dirinya dilanda duka.
"Memang Adira merupakan rakan dan teman yang paling rapat dengan saya. Kami mula rapat selepas saya pulih daripada kekecewaan dan membuat kemunculan semula.
"Waktu keluarga saya berada jauh di Singapura, dia merupakan teman yang paling banyak membantu menguatkan semangat saya dari segi mental," kata Aliff.
"Jika sudah tertulis jodoh saya dengan artis saya mahu buat macam mana? Saya harus reda. Kalau boleh, saya mahu berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun.
"Sebelum itu, saya harus memantapkan diri dari segi ekonomi sebelum meminang anak dara orang. Jadi, sekarang fokus saya hanya pada kerjaya," balasnya.
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Semoga pasangan ini bahagia :)
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Gossip Cinta Adira dan Aliff Aziz
Reviewed by OH Buletin
on
12:40 PM
Rating:

No comments: