Janin Ditemui Dalam Loji Kumbahan | Dua pembersih loji kumbahan menemui janin berusia empat bulan dalam loji Taman Desa Wang, Permatang Damar Laut, Batu Maung Georgetown semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata pada kejadian pukul 5 petang itu, janin sebesar tapak tangan yang masih bertali pusat itu dipercayai berada di lokasi tersebut selama tiga hari berdasarkan keadaan fizikal dan warnanya.
"Hasil siasatan awal, kali terakhir kerja pembersihan dilakukan ialah pada pukul 3 petang Jumaat lepas.
"Apabila petugas loji mendapati aliran air kumbahan seperti tersekat oleh sesuatu, mereka datang meninjau dan mendapati ada janin tersangkut pada penapis loji," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata janin berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 bagi membantu siasatan.
Sumber : Sinar Harian
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata pada kejadian pukul 5 petang itu, janin sebesar tapak tangan yang masih bertali pusat itu dipercayai berada di lokasi tersebut selama tiga hari berdasarkan keadaan fizikal dan warnanya.
"Hasil siasatan awal, kali terakhir kerja pembersihan dilakukan ialah pada pukul 3 petang Jumaat lepas.
![]() |
Gambar Sekadar Hiasan |
Beliau berkata janin berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 bagi membantu siasatan.
Sumber : Sinar Harian
Quote:
Janin spe pulak...Haih..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Janin Ditemui Dalam Loji Kumbahan
Reviewed by OH Buletin
on
12:30 AM
Rating:

No comments: