Masjid Di Melaka Bakal Ada Wifi

Masjid Di Melaka Bakal Ada Wifi | Kesemua 187 buah masjid di Melaka akan dilengkapi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) menjelang pertengahan bulan depan.


masjid di melaka, gambar masjid di melaka, masjid di melaka bakal ada wifi, ada internet di masjid melaka, masjid melaka bakal dapat internet, wifi free di masjid melaka, tempat wifi free di melaka,

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, perkhidmatan terbabit dapat memberikan kemudahan Internet secara percuma kepada pengunjung yang berkunjung ke masjid bagi mendapatkan informasi terkini antara lain berkaitan hal ehwal Islam, kegiatan harian masjid dan teks khutbah.

Beliau berkata, perkhidmatan itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Melaka, Bahagian K-Ekonomi Melaka, Melaka ICT Holdings dan Telekom Malaysia Berhad bagi mengukuhkan program e-Masjid.

Ia membabitkan peruntukan sebanyak RM1,971,972.

"Daripada 187 buah masjid itu, sebanyak 10 buah sudah siap dipasang perkhidmatan WiFi dan boleh digunakan sepenuhnya oleh pengunjung dengan kapasiti kelajuan 4mbps serta boleh melayari Internet sejauh jarak 300 meter," katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan majlis Multaqa Perdana Islam dan Karnival Masjid kawasan Parlimen Bukit Katil hari ini.

Mohd Ali juga berkata, anggaran kos perbelanjaan bagi kerja-kerja membekal, memasang, menguji dan menyelenggara kelengkapan ICT bagi semua masjid melalui perkhidmatan WiFi tersebut ialah RM54,777 sebulan.
Setiap masjid dicaj RM160 sebulan bagi perkhidmatan WiFi tersebut dengan para imam dan jawatankuasa masjid dilatih bagi menguruskan sistem portal masjid masing-masing dengan pemantauan pegawai Melaka ICT Holdings, katanya.

"Setiap masjid juga akan membayar RM50 sebulan supaya portal mereka sentiasa dikemas kini termasuk dari segi pangkalan data, kegiatan harian, khutbah jumaat dan pemantauan akaun masjid," tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menyumbang satu set komputer bagi setiap masjid untuk kegunaan khas masjid memperoleh informasi terkini berkaitan isu yang melibatkan perkembangan masjid di seluruh dunia.

Sumber :BHarian Online



Quote:
Baguslah..boleh online lepas solat berjemaah..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Masjid Di Melaka Bakal Ada Wifi Masjid Di Melaka Bakal Ada Wifi Reviewed by OH Buletin on 12:54 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.