Nik Aziz Jelas Kenyataan Isu Penerima BR1M

Nik Aziz Jelas Kenyataan Isu Penerima BR1M | Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2a4RRcp7kOsMG8B_dI0E8kFEBY-1EaSIdZCWefnl5Fz81QSAFAmh1sG_ycAuDYZLJyOqQz6ASMdWiS88jCZfErMAEjbPhVZpWTrihuhAlMKI7yFvss2Bm5NPNjB-kwY-MYdXiFAWuxE4/s320/gambar+nik+aziz.jpg

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.

Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat.

Baca Juga : Nik Aziz: Penerima BR1M Macam Haiwan!!

“Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini Sabtu.

Nik Abdul Aziz dikritik pelbagai pihak berikutan kenyataannya Rabu lepas yang menyamakan usaha murni kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Ditanya adakah beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Nik Abdul Aziz berkata pembubaran DUN itu akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen kelak.

Mengenai senarai calon PAS untuk bertanding di negeri ini, beliau berkata sebahagian besar senarai calon itu sudah selesai.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan semua penjawat awam negeri itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan negeri mewujudkan sekolah agama aliran sains bagi membolehkan pelajar mempunyai pendidikan bukan sahaja ilmu agama tetapi juga ilmu sains dan teknologi

Sumber : Bernama



Quote:
No komen ok


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Nik Aziz Jelas Kenyataan Isu Penerima BR1M Nik Aziz Jelas Kenyataan Isu Penerima BR1M Reviewed by OH Buletin on 12:32 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.