Pelakon Kuswadinata Meninggal Dunia | Pelakon veteran yang pernah berlakon dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramli, iaitu Kuswadinata disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang petang tadi.
Turut dilaporkan Kuswadinata menderita penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak empat tahun lalu. Selain itu, pada 7 Oktober tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik.
Allahyarham atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, memulakan kerjaya lakonan di Malay Film Production, Jalan Ampas, Singapura pada 1957 membintangi lebih 25 filem sepanjang hayatnya.
Filem pertama beliau adalah Orang Lichin pada tahun yang sama mula cukup dikenali menerusi filem Antara Dua Darjat (1959) arahan Tan Sri P. Ramlee.
Beliau yang terkenal sebagai pelakon versatil pernah menerima pengiktirafan Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.
Antara filem lakonannya lain adalah Seniman Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, KLU, Kaki Bakar, Tarik-Tarik, Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak, Kaca Permata, Kala Malam Bulan Mengambang dan Jalang.
Marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar roh Kuswadinata dicucuri rahmat.
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Hilang lagi pelakon veteran kita..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Pelakon Kuswadinata Meninggal Dunia
Reviewed by OH Buletin
on
10:08 PM
Rating:

No comments: