PSY Bukan Dibayar Kerajaan Malaysia

PSY Bukan Dibayar Kerajaan Malaysia | Syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy Gangnam Style, Scooter Braun Projects,  hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.

persembahan psy di malaysia,persembahan psy gangnam style,persembahan psy di pulau pinang,psy di georgetown penang, pm dimalukan psy di pulau pinang,gambar psy buat persembahan gangnam style,rumah terbuka tahun baru cina 1malaysia,psy rumah terbuka tahun baru cina,gambar tahun baru cina psy malaysia,scooter braun projects,gangnam style psy
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.
 
"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.
 
Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.
 
YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.
 
Tambahan pula, orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.



Quote:
Abeh tu sape yang bayar? Datang percuma je ke?


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

PSY Bukan Dibayar Kerajaan Malaysia PSY Bukan Dibayar Kerajaan Malaysia Reviewed by OH Buletin on 1:52 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.