Shahrizal Jaszle Nikah Lagi Dua Tahun

Shahrizal Jaszle Nikah Lagi Dua Tahun | Sekitar penghujung tahun 2012, Shahrizal Jaszle ataupun Shah Jaszle telah mengikat tali pertunangan bersama Redzwani Puteri. Di majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman perempuan, Banting, Shahrizal memberitahu bahawa mereka akan mengikat tali pertunangan mereka selama setahun setengah dan dijangkakan bernikah pada pertengahan tahun 2014.

Bakal Isteri Shahrizal Jaszle, Majlis Perkahwinan Shahrizal Jaszle, Shahrizal Jaszle & Redzwani Puteri, Shahrizal Jaszle Bertunang, Shahrizal Jaszle Kahwin, Tunang Shahrizal Jaszle

Namun, menerusi laporan terbaru, pelakon berusia 25 tahun ini mendedahkan bahawa majlis pernikahannya telah ditunda sehingga tahun 2015.

“Ya… kami memang pada awalnya ingin berkahwin awal tapi ibu bapanya mahu dia tamatkan pengajian dahulu. Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Sebagai anak kami mengikut sahaja apa yang terbaik bagi keluarga.” katanya pada akhbar mStar Online

Kami kira, terasa lama juga Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri bertunang. Lama tidak lama, rupanya baru saja mencecah tempoh 3 bulan. Dalam tempoh itu, Shahrizal mengaku banyak juga dugaan yang ditempuhnya kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan masa depan.

“Dugaan pertama ialah jarak dan masa yang mana kami jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing.

“Dia juga sibuk dengan pengajiannya, jadi kami agak sukar berjumpa tetapi hanya berkomunikasi menerusi telefon.”  - OHBULAN



Quote:
Semoga korang bahagia hendaknya.


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Shahrizal Jaszle Nikah Lagi Dua Tahun Shahrizal Jaszle Nikah Lagi Dua Tahun Reviewed by OH Buletin on 11:23 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.