Sharnaaz - ‘Biar Saya Selesai Sendiri’ | Pelakon drama Ruby, Sharnaaz Ahmad meminta agar keluarganya tidak dilibatkan dalam kontroversi cinta antara dirinya dan penyanyi, Shila Amzah.
“Saya tak mahu melibatkan mereka (keluarga). Biar saya yang selesaikan,” katanya dengan nada lemah kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
Pelakon berusia 28 tahun ini juga enggan mengulas lanjut tentang pelbagai peristiwa yang berlaku melibatkan kekasihnya itu.
“Saya tak mahu komenlah. Saya rasa cukup-cukuplah,” katanya yang mengakui kurang sihat.
Baca Juga : Shila Amzah Sudah Dijumpai
Baca Juga : Emel Kesedihan Shila Amzah
Percintaan dua sejoli ini seakan mendapat tentangan apabila bapa Shila, ND Lala mula tampil memberi kenyataan media yang seolah-olah kurang bersetuju dengan tindakan Sharnaaz. Semuanya berkaitan dengan perancangan pelakon itu yang bertegas mahu meneruskan perancangannya untuk merisik Shila, bulan depan.
ND Lala juga memberitahu bahawa tiada perbincangan yang berlaku berhubung perkara itu sebelumnya.
Sebelum ini, Sharnaaz juga berkata akan membatalkan hasrat untuk merisik kekasihnya itu.
Pagi semalam, Shila dilaporkan hilang oleh ND Lala selepas tidak pulang ke rumah selama enam hari.
Polis Kajang yang dihubungi pagi tadi mengesahkan juara Asian Wave itu sudah ditemui petang, semalam.
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Nasib baik dah jumpa balik si Shila ni
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Sharnaaz - ‘Biar Saya Selesai Sendiri’
Reviewed by OH Buletin
on
12:34 AM
Rating:

No comments: