Shila Amzah Sudah Dijumpai

Shila Amzah Sudah Dijumpai | Setelah hampir seminggu menghilangkan diri, Shila Amzah menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak melarikan diri, sebaliknya hanya mencari ketenangan.

shila amzah sudah dijumpai,gambar terbaru shila amzah,shila tidak hilang,shila amzah sudah dijumpai,gossip baru shila amzah

Penyanyi Patah Seribu tersebut terkilan dengan tindakan ayahnya, ND Lala membuat laporan polis mendakwa dia hilang.

Semalam, ND Lala membuat laporan polis setelah gagal menemui anak gadisnya itu. Tengah hari tadi polis Kajang mengesahkan Shila sudah ditemui dengan selamat oleh bapanya.

Baca Juga : Sharnaaz Batal Hasrat Risik Shila

Baca Juga : Luahan Hati Shila Amzah di HOT FM

Shila menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan dirinya dalam laman Twitter yang dikemas kini petang tadi.

"Awak tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri. Saya cuma perlukan ketenangan fikiran, jauh dari orang-orang ini.

"Kenapa saya tak boleh? Beritahu saya," tulis Shila pada jam 4.32 petang tadi.

Shila juga menegaskan sekali lagi bahawa dirinya tidak hilang.

"Sekali lagi, Sha tak hilang," tulisnya lagi.

Melalui tweetnya juga, Shila difahamkan kini berada di Pulau Pinang bagi persembahannya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), esok.

"Saya suka berada di Pulau Pinang... terasa seperti di rumah," tulisnya jam 10.04 malam tadi.

Juara Asian Wave ini juga tidak bersetuju dengan tindakan ND Lala yang membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

Berhubung kehilangannya, Shila Amzah dikatakan hanya menghantar satu pesanan kepada keluarganya yang mengatakan dirinya selamat.


Sumber : Sinar Harian



Quote:
No komen ok..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Shila Amzah Sudah Dijumpai Shila Amzah Sudah Dijumpai Reviewed by OH Buletin on 12:19 AM Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.