Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M), Skim Pinjaman Pelajaran 1Malaysia, Borang online SPP1M, Cara memohon SPP1M, SPP1M 2013,Tarikh mohon spp1m,permohonan bertulis skim prihatin pendidikan 1malaysia spp1m,borang atas talian spp1m,borang online spp1m,cara mohon skim prihatin pendidikan 1malaysia spp1m

Datuk Seri Najib berkata kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.

"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran skim tersebut di Putrajaya hari ini.

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.

Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara.

SPP1M ditawarkan kepada institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan dalam sistem penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA 2011) oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan berdaftar dengan YPPB.

Senarai pengajian pula adalah berdasarkan National Education Code yang akan disediakan di dalam laman sesawang www.penerajuedu.com dalam masa terdekat.

-----------
Info Lanjut
--------------------



Quote:
Yes.boleh aku pinjam...


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Reviewed by OH Buletin on 12:32 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.