Taktik Baru Jual Ubat Seks

Taktik Baru Jual Ubat Seks | Menggunakan bungkusan kreatif seperti bola kecil untuk melariskan jualan mereka antara taktik digunakan penjual ubat perangsang seks haram dan tiruan di sekitar kaki lima di Pasar Wakaf Che Yeh di sini, kelmarin.

gambar ubat rangsang seks, ubat rangsang seks,gambar seks,ubat kuat untuk lelaki,senarai ubat kuat lelaki,ubat merangsang perempuan

Bagaimanapun, tindakan cekap pegawai dan anggota dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF), Jabatan Kesihatan Kelantan berjaya menumpaskan sindiket bersama ubatan yang mencecah RM15,706.

Petikan dari akhbar Sinar Harian online hari ini, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Datuk Ahmad Mahir berkata, selepas pemantau rapi selama dua bulan, pihaknya dengan kerjasama polis Kelantan menahan seorang lelaki berusia 62 tahun dipercayai pemilik stor ubatan berkenaan.

Katanya, ketika serbuan lelaki warga emas itu dilihat sedang memunggah ubat-ubatan perangsang seks dari stornya untuk dibawa dan dipasarkan di sekitar pasar berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, kami menjumpai 63 item pelbagai jenama ubat seks tiruan dan tidak berdaftar bersama beberapa peralatan seks yang disimpan di dalam bagasi di stor tersebut.

“Kesemua ubat itu dirampas dan pemiliknya ditahan. Kami percayai lelaki ini tidak bersendirian dan berkemungkinan ada sindiket yang menjadi dalang membekalkan ubatan ini kepadanya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi negeri di Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Menurutnya, ubat yang dirampas dibungkus dalam pelbagai bungkusan unik antaranya berbentuk bola, minyak wangi, minyak urut serta ada juga yang dibungkus di dalam kotak dengan luarannya bertulisan jawi.

“Penjual yang ditahan boleh didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun dan Seksyen 13(a) Akta Racun 1952, denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Rampasan kali ini adalah yang terbesar dibuat CPF Kelantan berbanding, RM41,858 jumlah rampasan untuk lima siri pada 2012 dan RM15,313 untuk enam siri pada 2011 serta sejumlah RM26,424 bagi lima siri pada tahun sebelumnya.


Quote:
Ini macam pun ada ka..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Taktik Baru Jual Ubat Seks Taktik Baru Jual Ubat Seks Reviewed by OH Buletin on 12:11 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.