Uztaz Azhar Idrus Pertahan Nik Aziz

Uztaz Azhar Idrus Pertahan Nik Aziz | Pendakwah terkenal, Azhar Idrus mempertahankan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang panas sekarang.

penerima br1m macam haiwan, kenyataan mursyidul am pas, kenyataan nik aziz pasal br1m, br1m macam haiwan kata nik aziz, nik aziz dan politik,gambar nik aziz nik mat, nik aziz bubarkan dun

Menurutnya,  Mursyidul Am Pas  bukan mengatakan penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi mengatakan pemberi BR1M menjadikan penerimanya seperti haiwan.

“Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video klip bukan Tok Guru (Nik Aziz) kata penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M itulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

gambar nik aziz,nik aziz kata br1m macam haiwan

“Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihan raya tak hulur pun bantuan,” katanya dipetik daripada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian apabila ditanya soalan oleh salah seorang yang hadir dalam kuliahnya mengenai isu tersebut.

Azhar menjawab isu ini hanyalah untuk mencari punca perbalahan, “Ni buah cari baloh (Ini untuk cari perbalahan),” kata beliau dengan menggunakan loghat Terengganu.

Beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

“Jadi lening (sekarang ini) kena hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

“Yang  tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan apa? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?,” katanya.



Quote:
Tiada kata


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Uztaz Azhar Idrus Pertahan Nik Aziz Uztaz Azhar Idrus Pertahan Nik Aziz Reviewed by OH Buletin on 2:02 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.