Ekoran Video Bangkang Dari Longkang, Salih Yaacob Umum Bersara

Ekoran Video Bangkang Dari Longkang, Salih Yaacob Umum Bersara | Petikan dari Malaysian Digest hari ini, Salih Yaacob mengumumkan persaraan beliau dari industri seni tanah air.

bangkang di longkang salleh yaacob, salih yaakup dikritik parti pembangkang, video salih yaakob dan nabil raja lawak, vide salleh yaacob dan nabil kutuk pembangkang, video salleh yaacob kutuk pakatan rakyat, video bangkang dari longkang salleh yaacob dan nabil raja lawak

Keputusan itu diambil beliau kerana timbulnya sebuah video di Youtube dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan dirinya bersama Nabil Ahmad yang mempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka.

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat,” ujar Salih Yaacob kepada Utusan Malaysia baru baru ini.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan”, katanya.

Kepada mereka yang belum menonton, boleh menilai sendiri video tersebut dibawah.




Quote:
Kelakar jugak video ni..harap RM lebih ada sense of humour.


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Ekoran Video Bangkang Dari Longkang, Salih Yaacob Umum Bersara Ekoran Video Bangkang Dari Longkang, Salih Yaacob Umum Bersara Reviewed by OH Buletin on 6:09 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.