Wanita Maut Dihempap Lembu

Wanita Maut Dihempap Lembu | Seorang pembonceng wanita maut dihempap lembu apabila motosikal dinaikinya melanggar haiwan itu dalam satu kemalangan yang berlaku kira-kira 400 meter dari simpang masuk tanah rancangan Jengka 18, kelmarin.

wanita maut dihempap lembu,dihimpit lembu, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid, seekor lembu melintas,gambar wanita dihempap lembu,mati dilanggar lembu,mati dihimpit haiwan,gambar haiwan dasyat

Mangsa, Nurul Nasirah Mat Nasir, 25, meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dihimpit lembu terbabit yang mati dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 30.6 jalan Temerloh-Bandar Jengka.

“Berdasarkan siasatan, penunggang motosikal dikatakan tidak sempat mengelak apabila secara tiba-tiba, seekor lembu melintas di hadapan mereka.

“Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya semalam (kelmarin),” katanya.

Difahamkan, mangsa baru sahaja menamatkan kursus kejururawatan dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama teman lelakinya.

Sumber : Sinar Harian


Quote:
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.Amin..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Wanita Maut Dihempap Lembu Wanita Maut Dihempap Lembu Reviewed by OH Buletin on 1:42 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.