Baru! : Tembak Menembak di Lahad Datu Pagi Tadi | Satu kejadian tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas Selatan Filipina dilaporkan berlaku pukul 6.45 pagi tadi.
Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media harian beliau di Sabah, pagi ini.
Beliau tidak mendedahkan lokasi kejadian itu tetapi memberitahu seorang pengganas Sulu tumpas manakala tidak ada sebarang kecederaan di pihak Malaysia.
Baca Juga : Serangan Udara Lahad Datu Dihentikan
Ismail juga mengesahkan bahawa kawasan Ops Daulat yang sebelum ini seluas 4 kilometer, kini diperluaskan lagi berikutan ada di kalangan pengganas dipercayai yang bergerak ke beberapa kawasan lain dengan menyamar sebagai orang awam.
Beliau bagaimanapun meminta orang ramai agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.
Pada sidang yang sama, beliau juga berkata, pihaknya belum lagi mahu menyiarkan jumlah pemberontak Sulu yang cedera atau maut dalam operasi yang digerakkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.
Dalam operasi itu yang bermula sekitar 7 pagi, pengganas digempur dan dilemahkan dalam masa hanya 3 jam oleh pasukan tentera.
Namun, OPS Daulat masih tidak berakhir kerana ia disusuli dengan operasi ‘mopping out’ atau membersihkan sepenuhnya saki-baki pengganas yang terselamat dalam serangan semalam.
Kumpulan pengganas yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya Sultan Sulu menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu.
Mereka telah dipujuk dan diberikan peluang selama berminggu-minggu oleh pasukan keselamatan Malaysia agar pulang ke tanah air mereka namun bersikap angkuh dan keras kepala.
Jamalul Kiram III mengaku Sabah adalah milik kesultanannya walaupun sejarah membuktikan ia telah diserahkan kepada British. - MYNEWSHUB
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Masih belum setel..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Baru! : Tembak Menembak di Lahad Datu Pagi Tadi
Reviewed by OH Buletin
on
12:19 PM
Rating:

No comments: