Gambar Mayat Penceroboh & Kubur di Lahad Datu

Gambar Mayat Penceroboh & Kubur di Lahad Datu | Dari akhbar mStar Online, Menteri Pertahanan Malaysia, Ahmad Zahid telah menunjukan sekeping gambar 9 mayat pengganas yang dikebumikan di dalam sebuah kubur besar.

gambar mayat pengganas lahad datu, gambar mayat di lahad datu, gambar serangan di semporna,serangan lahad datu 4 mac, gambar mayat penceroboh, mayat penceroboh, gambar penceroboh di semporna

"Ini adalah gambar (tertera di atas) yang selama ini ditunggu oleh masyarakat. Inilah operasi yang dilakukan oleh pasukan keselamatan kita," kata Ahmad Zahid sambil mengangkat sekeping daripada foto berkenaan.

Foto itu menunjukkan sembilan mayat pengganas yang dikebumikan dalam sebuah kubur besar.

Sebelum ini, Pasukan keselamatan Malaysia telah menembak mati lelaki bersenjata apabila mereka memperluaskan pemburuan terhadap kumpulan bersenjata Sulu pada Rabu, selepas operasi ofensif menentang kumpulan itu di Kampung Tanduo pada Selasa.

gambar mayat pengganas lahad datu, gambar mayat di lahad datu, gambar serangan di semporna,serangan lahad datu 4 mac, gambar mayat penceroboh, mayat penceroboh, gambar penceroboh di semporna
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran di tiga lokasi berasingan selepas polis dan anggota tentera memperluaskan pencarian mereka ke Kampung Tanjung Batu, kira-kira dua kilometer dari Kampung Tanduo.

“Kami percaya sebahagian musuh terbunuh walaupun kami tidak mengesahkan bilangan kematian buat masa ini,” katanya.

Sehingga ini, 13 pengganas disahkan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati dalam pertempuran pukul 6.45 pagi tadi.

Menurut Ahmad Zahid, kubur itu telah ditemui oleh pasukan keselamatan semasa operasi menggeledah. Operasi kemudian disertai oleh pasukan forensik yang memeriksa mayat-mayat yang ditemui. - MSTAR ONLINE


Quote:
tiada kata..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Gambar Mayat Penceroboh & Kubur di Lahad Datu Gambar Mayat Penceroboh & Kubur di Lahad Datu Reviewed by OH Buletin on 9:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.