Jamalul Kiram III Marah Digelar Pengganas

Jamalul Kiram III Marah Digelar Pengganas | Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu telah menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan semalam.

Menurutnya lagi, para pengikut yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.

"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.

jamalul kiram 3, sultan jamalul kiram iii, gambar sultan filipina, sultan filipina dan adiknya, rejimen askar tanah melayu, kisah lahad datu, ops daulat, jamalul kiram marah dengan malaysia

Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.

Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.

Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.

Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.

Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu. - AGENSI


Quote:
Nak blik cemane klu dah mati??


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Jamalul Kiram III Marah Digelar Pengganas Jamalul Kiram III Marah Digelar Pengganas Reviewed by OH Buletin on 8:41 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.