Jeslina Hashim Sah Bercerai Hari Ini | Penyanyi Jeslina Hashim, 36, sah bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada pukul 9.55 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Selasa.
Lafaz cerai tersebut dilakukan dihadapan Hakim Syarie, Mohammad Abdul Karim Wahabdi bawah Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik).
Penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu turut mengaku berada dalam keadaan suci sebelum lafaz dibuat.
Terdahulu, peguam syarie mewakili Dion, Mohd Hafiz Abdul Rashid memaklumkan kepada mahkamah kedua-dua pihak setuju dengan perjanjian penyelesaian berkaitan hak penjagaan anak, mutaah, dan hadanah tanpa sebarang pertikaian.
Sementara itu, Mohd Hafiz yang ditemui diluar mahkamah memberitahu kedua-dua pihak bersetuju untuk hak jagaan bersama terhadap dua anak mereka.
“Proses penceraian berjalan lancar dengan kedua-dua pihak bersetuju dengan perjanjian yang dibuat.
“Anak-anak akan tinggal dibawah jagaan bekas suami di Mont Kiara, namun Jeslina diberi hak lawatan,” katanya.
Nafkah sebanyak RM8,333 selama 18 bulan akan diberikan kepada Jeslina, sementara RM5,000 sebagai wang edah.
Dalam pada itu, Jeslina yang berbaju kurung datang ke mahkamah secara berasingan enggan mengulas lanjut sebab penceraian tersebut.
“Punca penceraian adalah hal peribadi antara kami dan maaf saya tidak boleh berkongsi,” katanya.
Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai dua orang anak berusia tiga dan enam tahun.- MSTAR ONLINE
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Last2 bercerai gak
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Jeslina Hashim Sah Bercerai Hari Ini
Reviewed by OH Buletin
on
12:50 PM
Rating:

No comments: