Terkini : Adam Adli Bebas Selepas Diikat Jamin RM5,00

Terkini : Adam Adli Bebas Selepas Diikat Jamin RM5,00 | Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap Adam Adli Abdul Halim dengan seorang penjamin.

adam adli diikat jamin, gambar adam adli dibebaskan,gambar adam adli, adam adli diikat jamin, gambar s ambiga

Hakim Norsharidah Awang memutuskan demikian setelah aktivis mahasiswa itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui ucapannya pada 13 Mei lalu.

adam adli diikat jamin, gambar adam adli dibebaskan,gambar adam adli, adam adli diikat jamin, gambar s ambiga

Mahkamah juga membuat keputusan kes tersebut akan disebut semula pada 2 Julai depan.

Adam, 24, dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Beliau diwakili peguam S Ambiga.

adam adli diikat jamin, gambar adam adli dibebaskan,gambar adam adli, adam adli diikat jamin, gambar s ambiga

Pagi tadi, lebih 50 orang penyokong aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, pagi ini bagi memberi sokongan kepada Adam yang akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Adam telah ditahan di bawah Seksyen 4(1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu berhubung ucapan beliau pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor 13 Mei lalu.

Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.

Turut hadir peguam N. Surendran, S Ambiga dan juga bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid.

Pada awalnya keadaan menjadi sedikit kecoh apabila penyokong-penyokong Adam Adli menyerbu pihak polis untuk memasuki pekarangan lobi mahkamah.

Namun keadaan kembali reda apabila perbincangan dilakukan antara penyokong dengan pihak polis. -




Quote:
AYAT AYAT CINTA


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Terkini : Adam Adli Bebas Selepas Diikat Jamin RM5,00 Terkini : Adam Adli Bebas Selepas Diikat Jamin RM5,00 Reviewed by OH Buletin on 1:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.