Isu Khalwat Shahz Jaszle- Redzwani Puteri Tunggu Penjelasan

Isu Khalwat Shahz Jaszle- Redzwani Puteri Tunggu Penjelasan |  Ekoran dari kes khalwat pelakon Shahz Jaszle, banyak pihak tertanya-tanya siapakah pasangan khalwatnya itu. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak memaklumkan mengenai pasangannya dalam siaran media mereka. Bagi mengelakkan kekeliruan, pihak media telah mendapatkan penjelasan dari tunang Shahz Jaszle, Redzwani Puteri.

gambar tunang shahz jaszle, shahz jaszle ditangkap khalwat, pasangan khalwat shahz jaszle, gambar shahz jaszle ditangkap khalwat,shahz jaszle dan redzwani puteri, kes khalwat shahz jaszle, rezwani puteri khalwat, shahz jaszle 18 mei

Menerusi laporan murai.com.my, Redzwani Puteri mengesahkan dia bukanlah wanita yang ditangkap khalwat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama aktor kacak itu di Apartment Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi, Khamis lalu. Malah, Redzwani Puteri atau lebih mesra dengan panggilan Wani akui terkejut selepas mendapat tahu tentang berita tersebut.

“Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah. Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar,” katanya yang dipetik dari laporan murai.com.my.

Penahanan Shah Jaszle adalah berdasarkan kepada Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Penangkapan itu dibuat selepas Bahagian Penguatkuasaan JAIS menerima aduan pihak awam. Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Meskipun dihenyak dengan pelbagai reaksi dan komen daripada ramai pihak termasuk peminat Shah, Wani bagaimanapun memberitahu dia masih tenang menerima berita itu dan masih sabar untuk menunggu penjelasan tunangnya itu.

“Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas. Malah, saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami. Shah pun kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan semuanya kepada saya kelak,” jelasnya lagi.

Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan Oktober yang lalu. Untuk makluman, Redzwani Puteri dan Shahz Jaszle mengikat tali pertunangan pada 8 Disember tahun lalu. -AMMBOI.COM


Quote:
artis lagi..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Isu Khalwat Shahz Jaszle- Redzwani Puteri Tunggu Penjelasan Isu Khalwat Shahz Jaszle- Redzwani Puteri Tunggu Penjelasan Reviewed by OH Buletin on 7:48 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.