Jehan Miskin, Julie Camelia Pula Ada Masalah?

Jehan Miskin, Julie Camelia Pula Ada Masalah? | Setelah 3 minggu bernikah, pelakon Jehan Miskin dikatakan masih sukar menyesuaikan diri terutamanya soal pemilihan makanan dengan isterinya, wanita Korea iaitu Julie Camelia Rhee.

jehan miskin dan isteri korea ada masalah, jehan miskin dan isteri korea, jehan miskin dan pasangan, jehan miskin dan julie camelia rhee, gambar jehan miskin dan pasangan, gambar jehan miskin dan julie camelia rhee, jehan miskin dan julie camelia rhee ingin bercerai,gambar kahwin jehan miskin dan julie camelia rhee

Kata Jehan, 34, kedua-dua mereka kebiasaannya akan tetap mengikut cita rasa masing-masing dari apabila menjamu selera.

“Soal memilih makanan yang menjadi masalah bagi kami. Saya tidak boleh makan makanan seperti susyi yang rare (kurang masak), ‘shahimi’ dan makanan-makanan asli Korea yang lain.

“Isteri pula tidak makan daging kambing atau makanan-makanan Melayu terutama yang pedas cuma ada beberapa makanan seperti nasi lemak dan ‘yong tau foo’ yang dia boleh makan,” katanya.

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi pasangan ini yang sudah lima tahun bercinta.

Bercakap soal budaya Melayu, Jehan berkata, isterinya sudah banyak belajar sejak bekerja di negara ini pada 2009.

“Dia tidak ada masalah dengan budaya kita, malah dia sendiri memang menyenangi kehidupan masyarakat Malaysia dan sudah selesa tinggal di sini,” katanya yang belum merancang untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat.

Sementara itu, pasangan ini merancang untuk berbulan madu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti di lokasi yang masih dalam pilihan.

Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 5 Mei lalu di Carcosa Seri Negara setelah tiga tahun bercinta.


Quote:
no komen


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Jehan Miskin, Julie Camelia Pula Ada Masalah? Jehan Miskin, Julie Camelia Pula Ada Masalah? Reviewed by OH Buletin on 3:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.