[Gambar] Kes Bunuh Sosilawati: Peguam Digantung Sampai Mati

[Gambar] Kes Bunuh Sosilawati: Peguam Digantung Sampai Mati | Hari ini, Peguam, N Pathmanabhan dan tiga orang bekas pekerja ladang dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

kes bunuh sosilawati, gambar peguan N Pathmanabhan,gambar pembunuh jutawan kosmetik sosilawati lawiya,sosilawati lawiya murder

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

kes bunuh sosilawati, gambar peguan N Pathmanabhan,gambar pembunuh jutawan kosmetik sosilawati lawiya,sosilawati lawiya murder
Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui keraguan munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010. -KOSMO




Quote:
no komen..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

[Gambar] Kes Bunuh Sosilawati: Peguam Digantung Sampai Mati [Gambar] Kes Bunuh Sosilawati: Peguam Digantung Sampai Mati Reviewed by OH Buletin on 1:19 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.