Penghina Sultan Terengganu Ditahan Polis

Penghina Sultan Terengganu Ditahan Polis | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang menghina DYMM Sultan Terengganu di laman Facebooknya. Dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoal siasat.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

hina sultan terengganu, gambar pesalah hina sultan terengganu, suspek hina sultan ditahan, gambar hina sultan terengganu ditahan, suspek menghina sultan terengganu ditahan

SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.

"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kata Pengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi.

"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang undang akan dibawa ke muka pengadilan," tambah Dato' Sharil. - BERNAMA



Quote:
tak abeh2 nk hina menghina..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Penghina Sultan Terengganu Ditahan Polis Penghina Sultan Terengganu Ditahan Polis Reviewed by OH Buletin on 2:05 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.