Sharnaaz, Elfaeza Bercinta?

Sharnaaz, Elfaeza Bercinta? | Baru-baru ini ada gosip mengatakan pelakon, Elfaeza sedangan mengenali hati budi pelakon yang penah hangat bercinta dengan Shila Amzah, iaitu Sharnaaz Ahmad.

gambar sharnaaz ahmad dan elfaeza, elfaeza bercinta dengan sharnaaz, gambar sharnaaz,gambar siti elfaeza ul haq, gosip cinta elfaeza ul haq, gambar cinta pasangan sharnaaz, sharnaaz dan awek baru, kekasih baru sharnaaz ahmad

Namun, terdapat berita mengatakan yang Elfaeza atau nama sebenarnya Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq menafikan gosip tersebut dan menyatakan dia tidak pernah terlintas untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaiki dalam waktu terdekat berikutan kerjayanya baru saja bermula.

Malah katanya lagi, dia tidak menganggap Sharnaaz sebagai lelaki yang paling rapat dengannya kini biarpun kedua-duanya diuruskan oleh individu yang sama.

"Saya sudah agak akan timbul dakwaan sebegini apabila saya memilih untuk diuruskan bersama Sharnaaz dan saya tidak boleh menghentikan cakap-cakap orang.

Baca Juga : Sharnaaz Jelas "Hubungan Cinta" Dengan Elfaeza

"Sepanjang saya mengenali Sharnaaz, dia bukan seorang yang pemarah, malah dia sebenarnya peramah.

"Sebelum ini saya sendiri yang menguruskan kerjaya saya, kebetulan ketika penggambaran drama Mukhlis bulan lalu, saya berkenalan dengan pengurus peribadi Sharnaaz yang kemudian menawarkan saya bernaung di bawahnya.

"Saya menerima pelawaan itu dan jika serasi saya akan teruskan khidmatnya. Tiada istilah saya diuruskan oleh individu yang sama dengan Sharnaaz, maka kami mempunyai hubungan.

"Lagipun, pertemuan kami hanya di set penggambaran Mukhlis sahaja. Kami tidak pernah membuat temujanji untuk keluar bersama selain waktu bekerja," jelas Elfaeza.

Ditanya makna cinta bagi dirinya, jawab Elfaeza: "Cinta penting dan adalah segala-galanya. Hidup kena ada cinta. Cinta kepada keluarga, kerjaya, hidup dan paling penting cinta kepada Allah." - KOSMO


Quote:
cantik jugak elfaeza ni..nama arab abehh


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Sharnaaz, Elfaeza Bercinta? Sharnaaz, Elfaeza Bercinta? Reviewed by OH Buletin on 1:58 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.