Tragedi Bot Karam: Seorang Mangsa Lagi Dijumpai

Tragedi Bot Karam: Seorang Mangsa Lagi Dijumpai | Seorang lagi penumpang yang disenaraikan hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Rajang Selasa lepas, disahkan selamat.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau yang mengesahkan perkara itu, berkata Ejang anak Nabau yang telah pulang ke rumah panjangnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kapit malam tadi.

kejadian bot karam belanga, bot karam di belanga sarawak, gambar mangsa bot karam, mangsa bot karam di sarawak, gambar mangsa bot karam, kisah baru bot karam di sarawak
Sekadar hiasan
Beliau berkata berikutan itu, hanya empat lagi penumpang bot ekspres itu yang masih disenaraikan hilang.

Mereka ialah Maurice anak Ajan, Simon anak Patrick, Roslin anak Jati dan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Paulus, katanya di sini Jumaat.

Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat disambung semula pukul 7 pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyediakan peruntukan sebanyak RM93 ribu untuk membantu semua mangsa tragedi bot ekspres karam itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Belaga Liwan Lagang berkata sehubungan itu penumpang yang selamat dan masih tidak membuat laporan polis diminta segera membuat laporan untuk memudahkan proses menyalur bantuan.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun telah memberitahu saya mengenai peruntukan bantuan itu dan bantuan akan dibuat berdasarkan senarai sahih laporan polis itu," katanya kepada pemberita disini, hari ini. - MALAYSIA DIGEST


Quote:
no komen


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Tragedi Bot Karam: Seorang Mangsa Lagi Dijumpai Tragedi Bot Karam: Seorang Mangsa Lagi Dijumpai Reviewed by OH Buletin on 4:41 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.