Kejam ! Bapa Pukul Anak Tiri Dengan Besi

Bapa Pukul Anak Tiri Dengan Besi | Walaupun berniat untuk ‘mengajar’ adik tiri yang membawa balik rakan lelaki ke rumah, namun tindakan memukul menggunakan besi menyebabkan seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

bapa tiri dera anak, gambar anak tiri didera bapa, bapa pukul anak dengan besi, gambar anak didera bapa, gambar adik tiri, bapa kejam pukul anak tiri

Tertuduh, Mohd Azlan Shah Ab Halim dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan yang  disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Azlan, 23, dari Bandar Hilir didapati mendatangkan kecederaan terhadap remaja perempuan berusia berusia 15 tahun menggunakan besi almari di Pangsapuri Parameswara, Banda Hilir kira-kira 4 petang, 12 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh ketika rayuan meminta mahkamah memberikan hukuman denda ringan terhadapnya yang memukul adik di hadapan ibu mereka hanya bertujuan mengajar dan mendidik.

“Saya pukul kerana dia (adik) membawa balik 'jantan'. Bagaimanapun saya menyesal atas perbuatan mencederakannya,” katanya ketika ditanya Majistret Ida Rahayu Sharif.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aida Zainuddin meminta mahkamah memberikan hukuman yang boleh dijadikan pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.

Selepas mendengar rayuan dan permintaan daripada kedua-dua belah pihak, Ida Rahayu kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap tertuduh atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

 “Walau awak berniat baik, tetapi tindakan awak tetap salah,” katanya sebelum menjatuhkan hukuman.-SINARHARIAN


Quote:
agak-agak la nk pukul pun...


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Kejam ! Bapa Pukul Anak Tiri Dengan Besi Kejam ! Bapa Pukul Anak Tiri Dengan Besi Reviewed by OH Buletin on 12:53 PM Rating: 5

1 comment:

  1. niat dia memang baik cuma tersilap cara saja..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.