Misteri Mayat Murung Dalam Perigi

Misteri Mayat Murung Dalam Perigi | Mayat seorang wanita telah dijumpai di dalam sebuah perigi lama kira-kira 10 meter dari rumah ibu saudaranya di kampung Charok Mokkan, Hosba hari ini.

mayat dalam perigi, jumpa mayat, ngeri, gambar aneh, gambar ngeri, gambar mayat, mayat dalam ngeri, gambar mayat, jumpa mayat dalam perigi, latifah an

Mayat Latifah An, 50 yang dilaporkan hilang dikatakan mengalami kemurungan selepas kematian ibu bapanya ditemui kira-kira pukul 7.30 pagi tadi oleh ibu saudaranya, Siti Rosni Arif, 58, yang terhidu bau busuk dari dalam perigi berusia lebih 100 tahun itu.

"Pagi tadi saya sedang sapu sampah sebelum terhidu bau busuk dari arah perigi lama di depan rumah saya dan saya terus hampiri perigi ini dan nampak macam satu benda timbul dipenuhi lalat.

"Saya tak nampak dengan jelas kerana tidak pakai cermin mata, saya masuk semula dalam rumah untuk ambil cermin mata dan nampak satu mayat terapung memakai baju merah di dalam perigi ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kampung berkenaan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof berkata pihak polis telah menerima laporan mengenai kematian mangsa dan mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut. - Bernama


Quote:
erk..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Misteri Mayat Murung Dalam Perigi Misteri Mayat Murung Dalam Perigi Reviewed by OH Buletin on 10:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.