Stacy: Keluarga Tak Suka Gara-Gara Rambut Baru?

Stacy: Keluarga Tak Suka Gara-Gara Rambut Baru? | Stacy yang dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi berkata, dia bagaimanapun agak terkilan apabila ada peminatnya di KK termasuk ahli keluarga terdekat yang kurang senang dengan gaya rambut ala punk terbarunya itu.

rambut baru stacy, dibenci gara rambut baru, gambar baru stacy, gaya baru rambut stacy, stacy dan anak angkatnya, gambar baru rambut stacy, kedai gunting rambut stacy

"Entahlah, kebanyakan orang di sini (KK) nampaknya kurang suka dengan gaya rambut terbaru saya ini. Ada yang kata rambut saya nampak macam terbakarlah dan bermacam-macam lagi.

"Tapi saya faham. Saya terima maklum balas mereka dengan hati terbuka. Jadi bila ada yang menegur gaya rambut saya ini, dengan mudah saya akan mengatakan yang saya telah terpotong dengan tidak sengaja," katanya sambil ketawa kecil.

"Saya sangat selesa dengan gaya rambut seperti ini. Meskipun ada yang kata tidak cantik, tapi saya tak kisah asalkan saya selesa dengannya.

"Saya bukannya seorang yang suka mengikut peredaran zaman, tetapi saya suka mencuba sesuatu yang baru dan berani dalam berfesyen terutama sekali apabila menyentuh soal rambut.

"Malah ketika membuat persembahan rakaman hari raya untuk stesen TV RTM, pihak stesen TV berkenaan sangat suka dengan fesyen rambut saya ini dan ramai teman-teman di dalam industri yang suka dengan gaya ini.

Sudah berada di kampung halamannya sejak lima hari lalu, jelas Stacy gaya rambut terbarunya itu telah dipotong di salon A Cut Above, Sunway Pyramid berhampiran dengan kediamannya pada April lalu.-MURAIDOTCOM


Quote:
no komen


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Stacy: Keluarga Tak Suka Gara-Gara Rambut Baru? Stacy: Keluarga Tak Suka Gara-Gara Rambut Baru? Reviewed by OH Buletin on 11:06 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.