Dayana Dan Wan Sakinah Sudah Berbaik, Keluar Bersama

Dayana Dan Wan Sakinah Sudah Berbaik, Keluar Bersama | Semalam Ashraf Muslim telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan segala kekusutan yang melandanya.

gambar dayana dan wan sakinah berbaik, sakinah dan dayana bergaduh, gambar dayana dan wan sakinah, gambar artis bergaduh, gambar ister ashraf muslim, ashraf muslim dan sakinah kahwin

Dalam sidang media tersebut dia menjelaskan dia mengambil tindakan berdiam diri selama ini dan mahu tampil sekarang kerana terlalu banyak spekulasi yang boleh menjatuhkan maruah dia, isteri-isteri dan keluarga kesemua pihak.

Selain itu juga, isteri pertamanya Dayana tidak pernah minta untuk diceraikan malah dia juga sayang kedua isteri dan keluarga mereka. Menurutnya lagi, hubungan antara kedua isterinya adalah baik.

“Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok.” (ketika sidang media berlangsung Ashraf menerangkan Dayana dan Sakinah sedang keluar bersama-sama).

Ditanya lagi mengapakah dia memilih untuk berpoligami, Ashraf Muslim terus menerangkan;

“Sebelum saya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi saya sudah bertanya dan meminta nasihat dengan pelbagai pihak termasuklah ustaz, pakar kaunseling dan ramai lagi. Saya terdetik nak berkahwin, sebab itu ambil keputusan bernikah di luar negara. Kami bukan kahwin lari sebab keluarga saya dan keluarga Sakinah ada sekali masa kami nikah.”

Ashraf juga memohon maaf di atas segala yang terjadi kepada semua pihak terutamanya kepada isteri-isterinya, keluarganya dan juga keluarga isteri-isterinya dan juga para peminat.

“Sekarang ini saya masih dalam proses memujuk dan redakan keadaan. Saya mahu mohon maaf dari semua pihak. Insya-Allah jika segalanya sudah reda saya akan buat kenduri doa selamat,” kata Ashraf yang mengakui kesilapannya.

“Saya berharap peminat doakan yang terbaik buat perkahwinan saya. Saya juga berharap lagi janganlah aibkan kami dan saya juga mahu menjalani kehidupan yang terbaik selepas ini. Saya sayang semuanya dan jika selepas ini ditawarkan untuk sesi fotografi saya akan bawa kedua-dua isteri bersama,” sambung Ashraf yang turut menafikan puisi yang tersebar di laman sosial yang didakwa hasil nukilan Dayana adalah tidak benar dan ditulis oleh pihak lain. -AMMBOI.COM


Quote:
no komen


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Dayana Dan Wan Sakinah Sudah Berbaik, Keluar Bersama Dayana Dan Wan Sakinah Sudah Berbaik, Keluar Bersama Reviewed by OH Buletin on 9:36 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.