Malang: Budak 4 Tahun Kena Tembak

Malang: Budak 4 Tahun Kena Tembak | Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun telah terkena tembakan di perkarangan rumahnya di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul malam tadi.

budak 4 tahun kena tembak, kejadian tembak di bayan baru, kejadian tembakan di bukit jambul, budak ditembak di penang, gambar budak kene tembak penang, gambar B. Shawn Yashwin, B. Shawn Yashwin.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak tersebut cuma cedera dan tidak meragut nyawa.

Menurut sumber, seorang lelaki telah melepaskan sekurang-sekurangnya 10 das tembakan dari jarak lima hingga 10 meter dan satu daripadanya menembusi bahagian atas lutut kiri kanak-kanak itu, B. Shawn Yashwin.

Ketika kejadian bapa kanak-kanak berkenaan, E. Beritto, 33, sedang berbual dengan seorang rakan di perkarangan pangsapuri itu sebelum seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC bewarna putih secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah mereka.

"Bapa mangsa bekerja sebagai penarik kereta dan tinggal di Bayan Baru. Kami belum mengetahui tujuan dia ke situ dan mengapa dia membawa kanak-kanak itu bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini Beliau berkata siasatan polis mendapati bapa kepada kanak-kanak itu tidak memiliki rekod jenayah dan polis masih menyiasat sasaran sebenar suspek, ujar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.

Selain itu, kanak-kanak berkenaan kini dirawat di Hospital Pantai Bayan Baru, di sini dan keadaanya dilapor stabil.

Polis akan meneliti kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi mendapat gambaran jelas kejadian.


Quote:
tak pasal-pasal kene tembak budak tu..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Malang: Budak 4 Tahun Kena Tembak Malang: Budak 4 Tahun Kena Tembak Reviewed by OH Buletin on 3:09 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.