Penembak Pengasas AmBank Sudah Dikenalpasti

Penembak Pengasas AmBank Sudah Dikenalpasti |  Polis sudah mengenalpasti suspek yang menembak mati pengasas Arab-Malaysia Bank (AmBank) Husain Ahmad Najadi, 75, di tempat letak kereta di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.

suspek penembak pengasas ambank, gambar penembak pengasas ambank, pengasas ambank ditembak, husain ahmad najadi dan isteri, gambar penembak husain ahmad najadi

Menurut laporan akhbar hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya percaya tiga penjenayah termasuk penembak terbabit adalah mereka yang diupah ataupun pembunuh upahan.

“Kita sudah mengenalpasti kumpulan terbabit berdasarkan pemeriksaan dan penelitian rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Malah, kita mempunyai petunjuk positif dan percaya kumpulan terbabit akan dapat diberkas dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambahnya, keadaan isteri mangsa, Cheong Mei Kuen, 49, yang dirawat di sebuah hospital swasta di ibu kota dilaporkan stabil.

Katanya, sehingga kini pihaknya sudah merakam percakapan tujuh orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan. - HARIAN METRO


Quote:
no words


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Penembak Pengasas AmBank Sudah Dikenalpasti Penembak Pengasas AmBank Sudah Dikenalpasti Reviewed by OH Buletin on 8:46 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.