Suspek Tembak Guru Pembunuh Upahan?

Suspek Tembak Guru Pembunuh Upahan? | Pihak polis semalam membuat kenyataan bahawa terdapat kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor yang ditembak Isnin lepas melibatkan pembunuh upahan serta motif dendam.

pembunuh upahan, kes tembak guru di besir panchor, tembak cikgu, kes tembak cikgu, suspek tembak cikgu, Hashim Mat Zain, tembak cikgu Hashim Mat Zain, Hashim Mat Zain cikgu musik, cikgu musik kena tembak

Memetik laporan Mstar Online, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihak polis sedang mengumpul maklumat berkaitan kejadian tersebut kerana mangsa difahamkan terlibat dalam perniagaan.

"Setakat ini maklumat yang kita terima 'hearsay' sahaja. Maklumat kata mangsa adalah seorang peniaga, tak bayar hutang, berjanji dengan orang tak betul, mungkin orang yang tertipu rasa marah. Langkah terbaik bila dia sakit hati, upah orang untuk tembak mangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini Selasa.

Sama seperti beberapa kes-kes samun yang terjadi, kita tak pernah terima maklumat daripada masyarakat," katanya.

Hashim Mat Zain, 43, juga guru muzik, terbunuh selepas terkena tiga das tembakan di bahagian dada dan bahu kanan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, pukul 1.40 tengah hari Isnin lalu.


Quote:
no words


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Suspek Tembak Guru Pembunuh Upahan? Suspek Tembak Guru Pembunuh Upahan? Reviewed by OH Buletin on 5:24 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.