Gambar Operasi Menyelamat Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland | Sebanyak 37 orang terkorban dalam nahas bas ekspres terburuk di negara ini apabila bas ekspres yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.
Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota.
Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam ini dan ia diumumkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
"Gerakan untuk menyelamat telah selesai dan laporan yang kita terima ialah seramai 37 terkorban, 25 lelaki dan 12 perempuan," katanya.
Punca kemalangan bas jatuh gaung ini masih belum dikenal pasti. Berikut adalah gambar operasi menyelamat bas jatuh gaung di Genting Highland.
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

no words.
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
10 Gambar Operasi Menyelamat Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland
Reviewed by OH Buletin
on
1:12 AM
Rating:

No comments: